Ramai bertanya ku, apa yang menarik menjadi seorang pengiat radio amatur (Radio Amateur)? Bagiku semuanya mengikut minat masing-masing... Ada yang memandang hobi seorang pengiat radio amatur ini membosankan, membazir dan macam-macam lagi...
Bagiku simple dan senang jer jawapan... MINAT... Tanpa minat kita tidak akan berjaya melakukan sesuatu perkara walaupun senang... Perkara yang paling memberi kesan kepadaku untuk menjadi seorang pengiat radio amatur adalah apabila diberi tugasan pada hujung tahun 2014 oleh boss ku (bukan DSN) ke Gua Musang, Kelantan dan pada ketika itu Kelantan dilanda banjir yang amat dahsyat sekali. Tugasan adalah untuk menghidupkan satu atau dua pemancar radio bagi menyampaikan maklumat terkini di kawasan Gua Musang...
Aku telah ke sana bersama beberapa orang krew teknikal membawa beberapa barang persediaan seperti genset, minyak, bekalan makanan dan lain-lain yang dianggap penting.. Ke sana terpaksa meredah satu kawasan yang masih lagi banjir di Kuala Lipis.. Setiba di sana memang Gua Musang bermandi lumpur.. Kebanyakan rumah yang berada ditepi sungai pada seketika dulu (pernah ke sana dahulu untuk tugasan) telah hilang begitu sahaja akibat dilanda air banjir yang deras.. Bekalan elektrik terpaksa dicatukan oleh pihak TNB manakala komunikasi melalui telefon bimbit terputus dan tiada isyarat langsung... Aku dan krewku terpaksa bermalam di masjid besar dan ada kalanya di stesen...
Dari situ aku terfikir bagaimanakah ingin menghubungi dunia luar jika tiada isyarat telefon bimbit terutama bagi memberitahu orang rumah bahawa ku telah selamat sampai... terpaksa menunggu selama 2 hari apabila keadaan dah semakin tenang barulah pihak telco datang menghidupkan pemancar di base station mereka untuk telefon bimbit.. Tetapi persoalannya apa akan terjadi jika kita perlu segera untuk menghubungi pihak luar? Dari situ terdetik dihati mengenai radio amatur yang mana radio ini dapat berfungsi tanpa memerlukan base station. Untuk telefon bimbit, ia memerlukan base station bagi menghantar isyarat dari satu tempat ke satu tempat tetapi radio amatur hanya memerlukan 4 perkara asas sahaja iaitu:
i. Radio atau dikenali sebagai transceiver (VHF, UHF atau HF)
ii. Kabel 50 Ohms
iii. Bateri 12V (bateri kereta atau motorsikal)
iv. Antenna (sesuaikan dengan transceiver yang digunakan)
iv. Antenna (sesuaikan dengan transceiver yang digunakan)
Keempat-empat asas ini telah memadai untuk menyampaikan maklumat kepada dunia luar mengenai perkara yang ingin disampaikan. Walaubagaimanapun, perkara sampingan perlulah ada juga untuk menyokong perkara asas ini tetapi senang untuk dibawa ke mana-mana... Ketiga-tiga ini senang dipasang semudah ABC dan senang digunakan... Walaupun ianya bukanlah dikategorikan sebagai komunikasi 2 hala seperti telefon bimbit tetapi komunikasi menggunakan ini adalah mudah dan senang..
Jangan lupa mendapatkan maklumat mengenai radio amatur radio ini di dalam dunia internet yang luas ini. Anda pasti akan terhibur... Sampai jumpa lagi di lain coretan..
Adios amigos and senoritas...