Alhamdulillah... setelah sekian lama tak update blog ini akhirnya diberi kesihatan dan akal yang waras dari Illahi untuk berkarya semula (karya cara sendiri.. hehehehe)
Sebelum ini bekerja di bahagian teknikal iaitu dibahagian pemancar tetapi setelah 13 tahun bersama pemancar, pada 2017 ditukar ke tempat yang baru... environment yang baru... staff dan rakan-rakan yang baru serta boss baru...Bekerja di stesen negeri Selangorfm..Banyak dealing dengan kerajaan negeri dan high level people serta program diluar.. Seronok dapat kenal semua orang dari segenap level.. Disamping itu orang luar juga mengenali kita walaupun kita ini bukannya orang yang terkenal (hehehe.. merendah diri konon..)
Sekarang ditukar semula ke tempat asal tapi unit yang baru (sirih pulang ke gagang).. tugasan di tempat baru juga tak kurang hebatnya mencabar... Banyak dealing dengan aduan, frekuensi dan sebagainya.. Walaubagaimanapun semua tu dah ketentuan.. kita kena terima seadanya..
Ilmu teknikal berkenaan pemancar tidak pernah dilupakan sama sekali kerana telah berkerja dalam bidang ini selama 13 tahun.. In Shaa Allah jika sesiapa yang memerlukan tunjuk ajar, saya sudi membantu dengan ikhlas hati..
Sejarah juga tercatat pada 2016, telah dianugerah Master of Engineering Management dari UPM dan juga telah mendapat lesen amateur radio jadi bidang teknikal pemancar tetap yang tidak boleh dipisahkan.. My callsign is 9W2GID, boleh dicari di QRZ.com (hanya difahami oleh ham radio user). Semua aktiviti ham radio dicatat di dalamnya.. Alhamdulillah banyak juga contest ham radio yang telah disertai.. Akan meneruskan perjuangan dalam ham radio ini..
Oklah itu saja setakat ini.. nanti akan saya cerita dengan lebih lanjut berkenaan ham radio jika ada masa kelapangan.. In Shaa Allah...
Adios amigos and senoritas...
Thursday, March 21, 2019
My New Life
Labels:
9W2GID,
amateur radio,
engineering management,
ham radio,
UPM
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ku Dalam Dunia Radio Amatur
Ramai bertanya ku, apa yang menarik menjadi seorang pengiat radio amatur ( Radio Amateur )? Bagiku semuanya mengikut minat masing-masing......
-
Terjawablah 4 step yang aku nak bagitau... Last week selepas masukkan duit dalam ASB dan convert sijil, aku terus ke RHB untuk memohon OD da...
-
Hari Sabtu malam ada 1st appointment dengan Encik Aziz Ibrahim, cfp. Appointment diletakkan pada pukul 10 mlm tetapi perjumpaan pada pukul 1...