Wednesday, October 19, 2011

Beralih ke Pelaburan Emas

Sekarang ramai yang bercakap mengenai pelaburan emas dan ramai yang mengintai peluang untuk menceburi bidang ini. Saya sendiri pun sekarang sedikit sebanyak telah menceburi pelaburan emas lebihpun harga sekarang boleh dikatakan tinggi berbanding 2-3 tahun yang lepas tapi semua itu perkara lepas kerana tak melabur pada masa dulu... tapi tak perlu menyesal dan kena bertindak sekarang...

Baru2 ni saya ada membeli emas 916 (22k) lebihpun kejatuhan jualnya agak tinggi dalam 10% - 15% tetapi emas ini boleh digadai jika kita sesak memerlukan duit tunai dan tak takut kehilangan emas jika kita tebus semula.... Perlu kena dengan timing untuk gadai...

Berlainan jika kita beli dinar atau jongkong 999 (24k)... Jika beli mahal sikit dari 916 (22k) tetapi jika perlukan duit susah nak gadai sebab sekarang ni Ar-Rahnu samada Bank Rakyat atau Agro Bank tidak lagi menerima dinar seperti dulu... So kita kena lepas atau jual... Dengan tu kita tiada milikan emas lagi tetapi yang bagusnya kejatuhan jualnya sikit saja 3 - 5% je...

Semua ni bergantung kepada strategi untuk pelaburan emas anda sendiri...

Pikir-pikirkanlah... Tak salah untuk bertindak sekarang...

Untuk memahami tentang pelaburan emas ni sila lawati laman sesawang ini: www.jutawanemas.com

Adios Amigos and Senoritas...

Monday, October 10, 2011

Hasil dari OD ASB dan Financial Planner

Alhamdulillah... hampir 2 tahun saya mengikuti Financial Planner yang berbayar akhirnya ia membuah hasil... Simpanan dah ada 6 angka dan dapat sebiji Honda Accord VTi-L yang berharga lebih kurang RM150,000.

Bulanan seperti biasa, gaji dimasukkan ke dalam simpanan, perbelanjaan guna duit kredit kad dan OD...

Rasanya berbaloi menemui Financial Planner yang berkelayakan biarpun duit juga dikeluarkan untuk bayar beliau tetapi hasilnya alhamdulillah... Bayaran untuk servis dan ilmu yang dicurahkan lebihpun sekarang ini dah boleh bergerak sendiri tetapi ada baiknya saya mengikutinya sebab ada lagi rahsia yang belum dibongkarkan lagi...

Jumpa di lain blog... Maybe saya akan mem'blog' tentang cara-cara berjimat cermat dan pengurusan kewangan yang berhemah..

Nantikanlah...

Adios amigos and semoritas...

Ku Dalam Dunia Radio Amatur

Ramai bertanya ku, apa yang menarik menjadi seorang pengiat radio amatur ( Radio Amateur )? Bagiku semuanya mengikut minat masing-masing......