Sunday, March 6, 2011

Worksyop DVB-T2 dan Symposium Digital

Worksyop ini bermula pada 04.03.2011 dan akan berakhir pada esok hari  iaitu 07.03.2011... Memang banyak ilmu yang dapat dipelajari dalam masa 2 hari worksyop ini.. Ramai presenter dari luar negara hadir dan berkongsi maklumat... Selepas worksyop ini, akan kena menghadiri pula simposium digital yang akan berlangsung di Hotel Istana, Kuala Lumpur pada 08.30.2011 hingga 11.03.2011.

Kedua-dua worksyop dan simposium ini membincangkan mengenai format digital TV iaitu DVB-T2. DVB-T2 adalah format siaran TV digital yang akan menggantikan siaran TV analog dan juga mungkin menggantikan format TV digital yang sedia ada iaitu DVB-T (version 1)... Walaubagaimanapun ini bergantung kepada percubaan yang dilakukan di Menara K.L. Kebanyakan negara lain seperti di Eropah telah pun beralih ke format siaran TV digital ini dan pengguna terpaksa menggunakan decoder (sama seperti ASTRO) untuk mendapatkan siaran digital ini. Yang baiknya siaran ini adalah free dan tidak berbayar disamping kualiti siarannya adalah bagus dan jelas...

Walaubagaimanapun, sesetengah pekilang TV seperti Sony dan Panasonic, mereka telahpun merekacipta TV yang mempunyai decoder yang disertakan di dalam TV tersebut dan berita baik pengguna tak perlu lagi membeli decoder tetapi kosnya mungkin agak mahal buat masa ini... Di U.K (bukan Ulu Kelang), format DVB-T2 telahpun meluas digunakan dan kebanyakan TV yang dijual dan digunakan di sana mempunyai decoder di dalam TV tersebut... Harga quiet resonable tetapi dalam pound sterling.. :)

Kepada penonton sekalian, pada masa akan datang kita akan dihidangkan dengan siaran yang berformat digital tidak lama lagi dengan banyak lebih saluran tersedia di dalamnya serta kualiti gambar yang sangat bagus... So berkemungkinan kualiti gambarnya lebih cantik dari ASTRO...

Tunggu....

Adios amigos and senoritas...

Ku Dalam Dunia Radio Amatur

Ramai bertanya ku, apa yang menarik menjadi seorang pengiat radio amatur ( Radio Amateur )? Bagiku semuanya mengikut minat masing-masing......