Wednesday, February 9, 2011

Perkembangan OSK

Selepas register secara online selepas akaun CDC approve, saya menunggu selama seminggu pula untuk online OSK188 diaktif kerana minggu lepas CNY.

Akaun aku dapat diaktifkan semalam dan pada pagi ini barulah bergerak untuk memulakan permainan stock ni... Pada pagi lagi aku masukkan duit ke dalam akaun OSK Invesment bagi merancakkan lagi game ni...

Balik je office bukak online 188OMS dan duduk mengadap PC je nak menunggu peluang mana satu stock yang patut dibeli. Pagi cuba beli tetapi harga tak mengena.. Cuba lagi petang kali ni barulah mengena tetapi market hari ni slow bagi sesiapa yang main unit sedikit kerana pergerakkannya tak berapa pantas...

Bagi yang berduit memang dapat buat pulangan sebab kebanyakkan market syer ok le.. not so bad...

Tengoklah esok macamana samada nak jual ke tak syer yang dibeli... Jika market naik... alhamdulillah... Harap-harap dapat le sedikit pulangan tu.. Baru nak belajarlah katakan...

Adios amigos dan senoritas...

No comments:

Post a Comment

If you have comments, please send to us about your comments...

Ku Dalam Dunia Radio Amatur

Ramai bertanya ku, apa yang menarik menjadi seorang pengiat radio amatur ( Radio Amateur )? Bagiku semuanya mengikut minat masing-masing......