Wednesday, February 9, 2011

Perkembangan OSK

Selepas register secara online selepas akaun CDC approve, saya menunggu selama seminggu pula untuk online OSK188 diaktif kerana minggu lepas CNY.

Akaun aku dapat diaktifkan semalam dan pada pagi ini barulah bergerak untuk memulakan permainan stock ni... Pada pagi lagi aku masukkan duit ke dalam akaun OSK Invesment bagi merancakkan lagi game ni...

Balik je office bukak online 188OMS dan duduk mengadap PC je nak menunggu peluang mana satu stock yang patut dibeli. Pagi cuba beli tetapi harga tak mengena.. Cuba lagi petang kali ni barulah mengena tetapi market hari ni slow bagi sesiapa yang main unit sedikit kerana pergerakkannya tak berapa pantas...

Bagi yang berduit memang dapat buat pulangan sebab kebanyakkan market syer ok le.. not so bad...

Tengoklah esok macamana samada nak jual ke tak syer yang dibeli... Jika market naik... alhamdulillah... Harap-harap dapat le sedikit pulangan tu.. Baru nak belajarlah katakan...

Adios amigos dan senoritas...

Tuesday, February 1, 2011

OSK Invesment Bank

Semalam selepas tunggu selama seminggu... akhirnya akaun dengan OSK dan Bursa Malaysia telah diluluskan... Remiser aku telah call memberitahukan mengenai hal ni dan menyuruh aku sign up online OSK untuk urusan jual beli dan apa-apa lagi...

Dengan serta merta aku mendownload dan register melalui online untuk OSK188... Sekarang ni hanya menunggu kelulusan dari OSK untuk aktifkan aku bagi urusan online ni...

Maybe selepas ni bermulalah saat aku untuk berjinak-jinak dengan saham ni dan jika ada rezeki maybe saham ni boleh memberikan aku side-income, maklumlah sekarang ni semua perkara memerlukan duit dan agenda tahun ni mesti nak menambah pendapatan keluarga...

Oklah... jumpa di coretan akan datang... adios amigos and senoritas...

Ku Dalam Dunia Radio Amatur

Ramai bertanya ku, apa yang menarik menjadi seorang pengiat radio amatur ( Radio Amateur )? Bagiku semuanya mengikut minat masing-masing......