Wednesday, October 19, 2011

Beralih ke Pelaburan Emas

Sekarang ramai yang bercakap mengenai pelaburan emas dan ramai yang mengintai peluang untuk menceburi bidang ini. Saya sendiri pun sekarang sedikit sebanyak telah menceburi pelaburan emas lebihpun harga sekarang boleh dikatakan tinggi berbanding 2-3 tahun yang lepas tapi semua itu perkara lepas kerana tak melabur pada masa dulu... tapi tak perlu menyesal dan kena bertindak sekarang...

Baru2 ni saya ada membeli emas 916 (22k) lebihpun kejatuhan jualnya agak tinggi dalam 10% - 15% tetapi emas ini boleh digadai jika kita sesak memerlukan duit tunai dan tak takut kehilangan emas jika kita tebus semula.... Perlu kena dengan timing untuk gadai...

Berlainan jika kita beli dinar atau jongkong 999 (24k)... Jika beli mahal sikit dari 916 (22k) tetapi jika perlukan duit susah nak gadai sebab sekarang ni Ar-Rahnu samada Bank Rakyat atau Agro Bank tidak lagi menerima dinar seperti dulu... So kita kena lepas atau jual... Dengan tu kita tiada milikan emas lagi tetapi yang bagusnya kejatuhan jualnya sikit saja 3 - 5% je...

Semua ni bergantung kepada strategi untuk pelaburan emas anda sendiri...

Pikir-pikirkanlah... Tak salah untuk bertindak sekarang...

Untuk memahami tentang pelaburan emas ni sila lawati laman sesawang ini: www.jutawanemas.com

Adios Amigos and Senoritas...

Monday, October 10, 2011

Hasil dari OD ASB dan Financial Planner

Alhamdulillah... hampir 2 tahun saya mengikuti Financial Planner yang berbayar akhirnya ia membuah hasil... Simpanan dah ada 6 angka dan dapat sebiji Honda Accord VTi-L yang berharga lebih kurang RM150,000.

Bulanan seperti biasa, gaji dimasukkan ke dalam simpanan, perbelanjaan guna duit kredit kad dan OD...

Rasanya berbaloi menemui Financial Planner yang berkelayakan biarpun duit juga dikeluarkan untuk bayar beliau tetapi hasilnya alhamdulillah... Bayaran untuk servis dan ilmu yang dicurahkan lebihpun sekarang ini dah boleh bergerak sendiri tetapi ada baiknya saya mengikutinya sebab ada lagi rahsia yang belum dibongkarkan lagi...

Jumpa di lain blog... Maybe saya akan mem'blog' tentang cara-cara berjimat cermat dan pengurusan kewangan yang berhemah..

Nantikanlah...

Adios amigos and semoritas...

Monday, August 22, 2011

Lama Tak Update

Sudah lama tak update blog... Maklumlah bz lebih-lebih lagi baru 3 bulan promoted then sekarang incharge unit yang sibuk pula... Walaubagaimanapun saya akan update blog jika ada kelapangan...

Setakat ni proses dengan Encik Aziz Ibrahim dah hampir sampai ke penghujung... Alhamdulillah, buat masa ini semua berjalan dengan lancar yang penting saving semakin meningkat....

Saham pula setakat ini biasalah ada untung ada rugi bukan seperti UO - untung orang ramai... hehehehe... Ingat nak trade IPO tetapi sekarang ni trade saham yang dah ada... Market sekarang ini kurang memberangsangkan lagipun ringgit akan jatuh berbanding dollar... tengok kat board tu kebanyakkan semua merah instead of hijau...

Okaylah nanti jika ada kelapangan yang lain...kita akan berkongsi maklumat lain pula... Maybe saya akan berkongsi maklumat tentang kewangan peribadi... tunggu....

Adios amigos and senoritas...

Sunday, March 6, 2011

Worksyop DVB-T2 dan Symposium Digital

Worksyop ini bermula pada 04.03.2011 dan akan berakhir pada esok hari  iaitu 07.03.2011... Memang banyak ilmu yang dapat dipelajari dalam masa 2 hari worksyop ini.. Ramai presenter dari luar negara hadir dan berkongsi maklumat... Selepas worksyop ini, akan kena menghadiri pula simposium digital yang akan berlangsung di Hotel Istana, Kuala Lumpur pada 08.30.2011 hingga 11.03.2011.

Kedua-dua worksyop dan simposium ini membincangkan mengenai format digital TV iaitu DVB-T2. DVB-T2 adalah format siaran TV digital yang akan menggantikan siaran TV analog dan juga mungkin menggantikan format TV digital yang sedia ada iaitu DVB-T (version 1)... Walaubagaimanapun ini bergantung kepada percubaan yang dilakukan di Menara K.L. Kebanyakan negara lain seperti di Eropah telah pun beralih ke format siaran TV digital ini dan pengguna terpaksa menggunakan decoder (sama seperti ASTRO) untuk mendapatkan siaran digital ini. Yang baiknya siaran ini adalah free dan tidak berbayar disamping kualiti siarannya adalah bagus dan jelas...

Walaubagaimanapun, sesetengah pekilang TV seperti Sony dan Panasonic, mereka telahpun merekacipta TV yang mempunyai decoder yang disertakan di dalam TV tersebut dan berita baik pengguna tak perlu lagi membeli decoder tetapi kosnya mungkin agak mahal buat masa ini... Di U.K (bukan Ulu Kelang), format DVB-T2 telahpun meluas digunakan dan kebanyakan TV yang dijual dan digunakan di sana mempunyai decoder di dalam TV tersebut... Harga quiet resonable tetapi dalam pound sterling.. :)

Kepada penonton sekalian, pada masa akan datang kita akan dihidangkan dengan siaran yang berformat digital tidak lama lagi dengan banyak lebih saluran tersedia di dalamnya serta kualiti gambar yang sangat bagus... So berkemungkinan kualiti gambarnya lebih cantik dari ASTRO...

Tunggu....

Adios amigos and senoritas...

Wednesday, February 9, 2011

Perkembangan OSK

Selepas register secara online selepas akaun CDC approve, saya menunggu selama seminggu pula untuk online OSK188 diaktif kerana minggu lepas CNY.

Akaun aku dapat diaktifkan semalam dan pada pagi ini barulah bergerak untuk memulakan permainan stock ni... Pada pagi lagi aku masukkan duit ke dalam akaun OSK Invesment bagi merancakkan lagi game ni...

Balik je office bukak online 188OMS dan duduk mengadap PC je nak menunggu peluang mana satu stock yang patut dibeli. Pagi cuba beli tetapi harga tak mengena.. Cuba lagi petang kali ni barulah mengena tetapi market hari ni slow bagi sesiapa yang main unit sedikit kerana pergerakkannya tak berapa pantas...

Bagi yang berduit memang dapat buat pulangan sebab kebanyakkan market syer ok le.. not so bad...

Tengoklah esok macamana samada nak jual ke tak syer yang dibeli... Jika market naik... alhamdulillah... Harap-harap dapat le sedikit pulangan tu.. Baru nak belajarlah katakan...

Adios amigos dan senoritas...

Tuesday, February 1, 2011

OSK Invesment Bank

Semalam selepas tunggu selama seminggu... akhirnya akaun dengan OSK dan Bursa Malaysia telah diluluskan... Remiser aku telah call memberitahukan mengenai hal ni dan menyuruh aku sign up online OSK untuk urusan jual beli dan apa-apa lagi...

Dengan serta merta aku mendownload dan register melalui online untuk OSK188... Sekarang ni hanya menunggu kelulusan dari OSK untuk aktifkan aku bagi urusan online ni...

Maybe selepas ni bermulalah saat aku untuk berjinak-jinak dengan saham ni dan jika ada rezeki maybe saham ni boleh memberikan aku side-income, maklumlah sekarang ni semua perkara memerlukan duit dan agenda tahun ni mesti nak menambah pendapatan keluarga...

Oklah... jumpa di coretan akan datang... adios amigos and senoritas...

Thursday, January 27, 2011

Lama tak update

Happy New Year 2011 (walaupun bulan Jan hampir tamat tapi masih belum terlambat)...

Wah... dah lama tak update blog ni sejak balik dari U.S. Sekarang proses dengan financial planner, En. Aziz Ibrahim berjalan lancar. Setakat ni dah buat perjumpaan ke-3 iaitu perjumpaan CMS-1. Alhamdulillah, tengok saving dalam masa 8 bulan memang rasa tak percaya tapi itulah yang telah dirancang oleh financial planner.

Tahun baru ni banyak duit nak kena pakai maklumlah yang besar dalam setahun ni adalah bayaran insuran kereta dan income-tax, itu semua penting. So planning dalam hal ni adalah penting supaya cash flow sentiasa positif bukan negatif.

Sekarang ni cuba berjinak-jinak pula dengan pasaran saham... Bukan fikir nak main contra tapi bagi newbies ni cuma concentrate dengan IPO dahulu... Menarik juga sebab sekarang ni ekonomi kita semakin pulih (kata Kerajaan kita) so kita lihat setakat mana pulihnya ekonomi ini... Dapat tak kita buat duit dengan ekonomi yang kian stabil ini...

Oklah jumpa lagi... adios amigos and senorita...

Ku Dalam Dunia Radio Amatur

Ramai bertanya ku, apa yang menarik menjadi seorang pengiat radio amatur ( Radio Amateur )? Bagiku semuanya mengikut minat masing-masing......