Yang ni lain sikit sebab bukan bercerita pasal Aziz cfp atau lain-lain. Cuma ingin berkongsi sedikit mengenai overdraft (OD). Jika anda faham mengenai overdraft pasti tau bagaimana nak manipulate that overdraft...
Overdraft adalah:-
1. Kemudahan yang bank bagi sebagai pinjaman setelah pelanggan mencagarkan sesuatu (ada juga yang tak perlu cagar tetapi interest agak tinggi).
2. Dalam keadaan biasa jika mempunyai akaun semasa, OD ini berlaku apabila duit yang kita bayar pada kedai atau mana-mana pihak melebihi jumlah duit dalam akaun sendiri so terkena sedikit duit bank. Jumlah yang sedikit tulah dikira OD dan bank akan charge interest mengikut syaratnya.
3. OD biasanya berkaitan dengan akaun semasa.
Sekarang bank telah menyediakan kemudahan OD tersebut selain bercagarkan harta benda. kita boleh bercagarkan sijil ASB mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkannya.
Jika sesiapa yang faham penggunaan OD ini senang untuk kita manipulate dan tidak perlu kita berhutang sini dan berhutang sana... Apa yang penting (kerjasama...) perlu ada duit di dalam ASB sekurang-kurangnya 11k ke atas...
Terdapat 3 bank yang menawarkan kemudaha OD bercagarkan sijil ASB ni iaitu:-
1. RHB
2. CIMB
3. Maybank
Ketiga-tiga bank ini memberi pinjaman dan caj interest mengikut bank masing-masing... RHB memberi pinjaman OD 95% daripada sijil ASB dan interest pula BLR-1%, CIMB pula memberi pinjaman OD 90% daripada sijil ASB dan interest pula BLR-1.65% manakala Maybank pula 90% daripada sijil ASB, interest BLR-0%.
Semua ini terpulang kepada pelanggan yang mana lebih selesa untuk dibuat OD...
Fikir-fikirkanlah... Nanti sambung lagi cara penggunaan OD.
Adios amigos and senoritas....
Thursday, April 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ku Dalam Dunia Radio Amatur
Ramai bertanya ku, apa yang menarik menjadi seorang pengiat radio amatur ( Radio Amateur )? Bagiku semuanya mengikut minat masing-masing......
-
Terjawablah 4 step yang aku nak bagitau... Last week selepas masukkan duit dalam ASB dan convert sijil, aku terus ke RHB untuk memohon OD da...
-
Hari Sabtu malam ada 1st appointment dengan Encik Aziz Ibrahim, cfp. Appointment diletakkan pada pukul 10 mlm tetapi perjumpaan pada pukul 1...
No comments:
Post a Comment
If you have comments, please send to us about your comments...