Wednesday, February 10, 2010

Perkembangan Pertama

Hari ini masuk kerja boss panggil mesyuarat mengejut tetapi sempat juga minta pengesahan daripada boss untuk buat pinjaman Bank Rakyat...

Mesyuarat selama 2 jam dengan topik yang hangat-hangat semuanya... Pening kepalo den... skepala boss pun sama pening... hehehehe...

Tengah mesyuarat tiba-tiba blackout (memang TNB dah hantar surat mengatakan akan kerja-kerja dirancang)... Selepas tu minta kebenaran boss untuk ke Bank Rakyat hantar borang permohonan pinjaman...

Pihak bank mengatakan jawapan akan diberi dalam masa 1 minggu... InsyaAllah jika tiada aral melintang (betul ke bidalan ni... hentam sajelah..) aku akan dapat pinjaman tersebut...

Inilah permulaan aku dalam dunia pelaburan jika pinjaman diluluskan dengan menggunakan 4 steps yang akan diceritakan sedikit demi sedikit nanti... Jika jumlah pinjaman yang diminta tinggi maka tinggilah pulangan pekaburannya tetapi kena beringat tinggi jugalah bulanannya... Bank Rakyat paling senang nak buat personal loan dengan kadar faedah yang rendah (kebanyakan untuk penjawat awamlah)...:)

Nanti sambung lagi penceritaan ni iaitu apa yang perlu dibuat dengan duit pinjaman tersebut... Itupun jika permohonan pinjaman aku diluluskan... hehehehehe... berdoa ajelah...

No comments:

Post a Comment

If you have comments, please send to us about your comments...

Ku Dalam Dunia Radio Amatur

Ramai bertanya ku, apa yang menarik menjadi seorang pengiat radio amatur ( Radio Amateur )? Bagiku semuanya mengikut minat masing-masing......