Sunday, February 28, 2010

Loan yang dirahsiakan

Alhamdulillah... akhirnya saya dapat juga kereta yang dibooking dalam tempoh 3 minggu lepas... Jika diungkap kembali pada blog-blog saya yang lepas, pernah saya katakan bahawa terdapat 2 loan diluluskan, 1 ialah bank rakyat dan 1 lagi dirahsia so yang dirahsia adalah loan kereta...

Kereta Toyota Innova saya perolehi pada hari Khamis 25.02.2009 pukul 7.10mlm... Pergi bersama wife dan lepas tu ambil anak kat taska... Apa lagi melompat dia orang dapat kereta baru dan besar.. Keesokan hari jalan-jalan kerana cuti 3 hari...

Tapi hari ni dah kerja semula... berat rasa nak turun kerja... tapi jika tak kerja nak bagi keluarga makan apa so kerjalah kita...

Saya cuma menunggu kelulusan dari RHB Bank tentang permohonan OD saya ni... Jika dapat alhamdulillah...

Oklah adios amigos dan senoritas... c u next blog...

Tuesday, February 23, 2010

3rd Step

Hari ini 3rd step telah pun dilaksanakan dimana duit loan Bank Rakyat telah yang telah ditransfer ke Maybank telah pun dicontra lagi ke ASB. Duit dalam ASB telah ditukarkan ke sijil dalam jumlah..tut..tut.. (terpaksa dirahsiakan untuk mengelak fitnah.. heheheheh...).

Sijil ini dibawa ke RHB Bank untuk dicagarkan bagi apply OD (Overdraft) yang mana pihak RHB memberi 95% daripada sijil yang dicagarkan dan ramai telah laksanakan step ini bagi mendisiplinkan perbelanjaan sambil menyimpan dan berbelanja... Tak susah cuma perlu ada rangkaan perbelanjaan sahaja..

Sekarang ini tengah menunggu kelulusan dari pihak RHB dan ASB untuk dijadikan OD... Jika OD diluluskan dan duit telah dimasukkan maka terjawablah 4 step yang ingin dibuat selama ini, cuma perlu menyusun balik strategi perbelanjaan bagi menambahkan pendapatan dari OD...

Tentang cara penggunaan OD nanti diceritakan pada lain episod blog ini...

Chow dulu... Adios amigos & senorita... c u next blog...

Monday, February 22, 2010

2nd Step

Semalam duit pinjaman daripada Bank Rakyat telah masuk... Terus saya ke Bank Rakyat untuk buat interbank transfer (terpaksa buat interbank transfer sebab amount besar... nak buat cash mahu kena cekup nanti... itu cara safe, cuma kena bayar fee RM0.50 je)...

Hari ni setelah semak dalam maybank2u.com, dapati duit yang transfer semalam dah masuk... Aaaaa... hari ni nak kena tranfer pula ke ASB... then... tunggu cerita dalam blog ini selanjutnya...

Oklah adios amigos & senorita for now... c u again...

Saturday, February 20, 2010

1st Step dah berjaya...

Terlupa nak update blog... Selepas lama berehat Gong Xi Fa Chai baru-baru ini. Satu berita baik telah saya terima ada 2 loan yang saya tunggu-tunggu telah di approve pada hari Khamis 18.02.2010... Alhamdulillah...

Loan yang pertama, mungkin saya pernah tulis dalam blog sebelum ini iaitu loan personal Bank Rakyat yang telah di approve pada hari Khamis dan pada hari yang sama saya pergi untuk tandatangan aggreement tersebut... 1 step saya telah berjalan dengan lancar... 2 step akan menyusul kemudian... tunggu....

Loan yang satu lagi tu rahsia... nanti saya ceritakan... hahahha...

Yang penting kedua-dua loan tersebut dah di genggaman saya... loan..loan juga tapi kena juga bayar... nak bayar perlu ada strategi bagi menyenangkan hidup anda...

Wednesday, February 10, 2010

Perkembangan Pertama

Hari ini masuk kerja boss panggil mesyuarat mengejut tetapi sempat juga minta pengesahan daripada boss untuk buat pinjaman Bank Rakyat...

Mesyuarat selama 2 jam dengan topik yang hangat-hangat semuanya... Pening kepalo den... skepala boss pun sama pening... hehehehe...

Tengah mesyuarat tiba-tiba blackout (memang TNB dah hantar surat mengatakan akan kerja-kerja dirancang)... Selepas tu minta kebenaran boss untuk ke Bank Rakyat hantar borang permohonan pinjaman...

Pihak bank mengatakan jawapan akan diberi dalam masa 1 minggu... InsyaAllah jika tiada aral melintang (betul ke bidalan ni... hentam sajelah..) aku akan dapat pinjaman tersebut...

Inilah permulaan aku dalam dunia pelaburan jika pinjaman diluluskan dengan menggunakan 4 steps yang akan diceritakan sedikit demi sedikit nanti... Jika jumlah pinjaman yang diminta tinggi maka tinggilah pulangan pekaburannya tetapi kena beringat tinggi jugalah bulanannya... Bank Rakyat paling senang nak buat personal loan dengan kadar faedah yang rendah (kebanyakan untuk penjawat awamlah)...:)

Nanti sambung lagi penceritaan ni iaitu apa yang perlu dibuat dengan duit pinjaman tersebut... Itupun jika permohonan pinjaman aku diluluskan... hehehehehe... berdoa ajelah...

Tuesday, February 9, 2010

Kerja Harian

Dah lama tak update this blog... Sekarang blog ni bukan mengajar sahaja tentang fotografi tapi macam-macam ada... Tunggu apa yang dimaksudkan...

Dalam masa 3 minggu ni kerja memang berlambak dan memenatkan... Tapi tak apa asalkan dapat rezeki yang halal sudah... Alhamdulillah...

2 minggu lepas menghadiri kursus teknikal yang penuh dengan teknikal serta memeningkan kepala... tapi dapat juga catch up apa yang dipelajari...

Minggu lepas pula terpaksa menghadiri world conference dengan mat-mat salleh (orang putih)... Macam-macam hal berlaku... tapi semuanya berjalan dengan lancar...

Minggu ini pula penuh dengan presentation, seminar dan meeting... uhhhh... memang memenatkan tapi itulah kerja... lebih-lebih lagi kerja dibahagian separuh pengurusan dan separuh teknikal... semuanya nak kena tahu...

Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar...

Ku Dalam Dunia Radio Amatur

Ramai bertanya ku, apa yang menarik menjadi seorang pengiat radio amatur ( Radio Amateur )? Bagiku semuanya mengikut minat masing-masing......